Kepentingan Teknologi Maklumat
Pengenalan
Dalam era ledakan maklumat
ini,teknologi dan komunikasi atau TMK amat penting.Teknologi ini sudah
menguasai global dengan berleluasa.Hampir setiap saat orang menggunakan
teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan
mengawal hampir setiap perkara dihujung jari sahaja.Negara yang tidak
mengutamakan TMK akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di
bawah tempurung.Kemajuan TMK ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada
individu,masyarakat dan negara.TMK ialah satu inovasi dalam kehidupan
masyarakat Malaysia hari ini.Kefahaman masyarakat terhadap keperluan TMK di
dalam kehidupan perlu dipertingkatkan.Kepentingan dalam TMK sebenarnya mampu
mencorakkan semula cara dan gaya pemikiran serta sistem nilai masyarakat masa
kini dan akan datang.Pembangunan sistem pendidikan di Negara ini selepas
merdeka merupakan hasil daripada segala proses yang bertitik tolak daripada perancangan
program-program kerajaan untuk melaksanakan berbagai-bagai peruntukan dan
peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran
1961.Oleh yang demikian,tidak dapat ditolak hakikatnya bahawa dari semasa ke
semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan
matlamat dan keperluan-keperluan rancangan Negara.Prosesnya telah merangkumi
pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada
daras-dasar umum dan khusus.
Kewujudan TMK turut membantu dalam
system pengajaran dan pembelajaran.Kerajaan kini memandang serius berkenaan
pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan melalui mata pelajaran yang
diajar.Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu
meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan
berkesan.Maklumat pada asasnya bermaksud data yang mana dengan kehadiran proses
pembelajaran menjadikannya pengetahuan.Dengan kata lain proses pembelajaran itu
sendidri adalah proses mendapatkan,menggunakan dan menjadikan maklumat itu
pengetahuan.Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan TMK dan
justeru itu,penggunaan TMK dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan.Kita
kini dikatakan berada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke
zaman informasi.Dunia tanpa sempadan,TM,TMK,e-siber,global,dalam
talian,pintar,rangkaian,dan pelbagai istilah yang sekiranya gagal untuk
difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain.Justeru
itu,penggunaan teknologi maklumat seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang
asing dalam pendidikan.
Menurut Ahmad Fuad (2003),menyatakan
bahawa dalam konteks pendidikan,TMK merupakan satu rangkaian elektronik untuk
mencari,mengumpul,menyimpan,memproses,menyalur dan menyampai maklumat secara
efektif pantas dan banyak untukmembantu proses pengajaran dan pembelajaran
sehubungan dengan itu juga,kejayaan TMK dalam pendidikan khususnya bukan hanya
terletak pada teknologi tetapi juga melibatkan factor lain seperti pendekatan
pedagogi,subjek yang diajar,jenis pelajar,tahap pencapaian pelajar,keperluan
pelajar,guru dan persekitaran bilik darjah.Pendekatan penggunaan TMK dalam
proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan
dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat.
Dalam menjayakan penggunaan TMK
iaitu proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan gandingan semua pihak sama
ada pihak sekolah mahupun pihak masyarakat serta Kementerian Pelayaran
Malaysia.Untuk itu,beberapa perubahan kokurikulum telah dibuat oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan telah memperkenalkan pelbagai dasar
ataupun langkah-langkah untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.Salah satu
daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan.Untuk memperkasakan
sekolah kebangsaan ini,program pembestarian sekolah dan penginteraksian TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran telah diwujudkan.Di sekolah guru terutamanya
perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan TMK atau
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu,para guru digesa
supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan teknik atau kemahiran
yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba
mencabar ini.Sehubungan dengan itu,para guru perlu bersedia dengan pengetahuan
dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan TMK.Ini kerana,tidak mustahil
jika suatu hari nanti pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku
tetepi membawa komputer riba sebagai penganti buku.Perkara ini sudah berlaku di
Negara-negara maju.Justeru,adalah penting bagi guru-guru untuk membuat
persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan masyarakat untuk
menggabungkan TMK dalam pengajaran.Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu
mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
1.Huraikan
kepentingan TMK dalam pendidikan dan masalah yang dihadapi dalam penggunaannya.
Berikut adalah beberapa kepentingan
TMK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu;
a)
Perkara Berkaitan dengan Motivasi
Memotivasikan murid untuk belajar,
menyukai pembelajaran, ingin mempelajari lebih dari yang diperlukan telah
menjadi keutamaan dalam bidang pendidikan.Adalah menjadi agenda pendidikan
Negara untuk mengekalkan tumpuan murid untuk kekal di sekolah.Maka penggunaan
TMK mempunyai peranan yang penting di dalamnya.Beberapa kaedah berasaskan TMK telah dapat memberi kesan kepada beberapa strategi motivasi, di
antaranya:Mendapatkan tumpuan
pembelajaran.Langkah pertama yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah mendapatkan tumpuan pembelajaran dengan penyediaan persekitaran
pengajaran yang optimal. Guru boleh melaksanakan kaedah tarikan dengan
menggunakan televisyen, komputer dan perisian multimedia sebagai alat bantu
mengajar bagi mengekalkan tumpuan pembelajaran murid serta mencapai objektif
instruksional pembelajaran. Mengaitkan
murid kepada produksi kerja.Bagi menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada
murid, guru boleh menggalakkan murid mereka bentuk prodak berasaskan teknologi.
Strategi ini telah berjaya dibuktikan dalam satu kajian yang melibatkan
penggunaan perisian pemprosesan perkataan, penggunaan hipermedia dalam
menghubungkait maklumat dan sebagainya, dalam membantu persembahan dan laporan
hasil kerja murid.
b) Keupayaan Instruksional yang Unik
TMK boleh digunakan bagi
menggantikan kaedah pembelajaran secara tradisional kearah persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan.Antara lain,
teknologi juga dapat; mengaitkan murid kepada sumber maklumat,mengaitkan murid
kepada sumber pendidikan,memvisualisasikan permasalahan dan rumusan kepada
murid, menjejaki perkembangan murid serta dapat mengaitkan murid kepada alatan pembelajaran.
c) Sokongan Kepada Kaedah
Instruksional yang Baharu
Sistem pendidikan sedang dalam
proses untuk penstrukturan semula untuk bertukar dari kaedah pengajaran
berasaskan instruksional kepada kaedah pembelajaran berpusatkan murid.Ini
selaras dengan hasrat untuk menghasilkan sumber manusia abad ke – 21 yang
mengaplikasikan teknologi di dalam kehidupan harian mereka kelak.Pembelajaran secara koperatif,memandangkan sistem
pembelajaran kini masih memfokuskan kepada pembelajaran secara individu, maka
murid-murid ini didapati tidak mahir dalam menyelesaikan permasalahan yang
kompleks. Maka, penekanan seharusnya diberikan kepada pembentukan pembelajaran
dalam kumpulan yang kecil yang melibatkan pembelajaran secara koperatif.Perkongsian intelektual,satu definisi
baru mengenai intelektual meletakkan terma “perkongsian pemikiran” atau
‘pengagihan pemikiran”.Kerjasama secara intelek dengan komputer memungkinkan
teknologi yang baru dapat diagihkan antara manusia, situasi dan alatan
teknologi itu sendiri.Penyelesaian
masalah dan pemikiran tahap tinggi.Kurikulum yang sedia ada memberi
refleksi yang murid tidak perlu menguasai kemahiran tahap rendah sebelum
beranjak kepada kemahiran tahap tinggi.Usaha untuk mengaitkan kualiti sumber
teknologi seperti multimedia dan
internet membolehkan guru untuk menyediakan objektif yang kompleks, untuk
jangka masa yang panjang yang juga memerlukan kemahiran tahap rendah dalam
penyelesaian maslah yang diberikan.Ini sekali gus, membolehkan murid menguasai
tahap pemikiran yang rendah serta juga menguasai tahap pemikiran yang tinggi
dalam satu masa yang sama.
Kepentingan
TMK dalam pendidikan
Masalah
Yang Dihadapi Dalam Penggunaan TMK
Penggunaan bahan teknologi maklumat
atau komputer merupakan satu wadah bara yang dibawa ke dalam dunia
pendidikan.Oleh itu,terdapat pelbagai masalah yang dihadapi akibat daripada
kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan.Antara permasalah yang
perlu diambil perhatian adalah:
a)Tahap Kemahiran Guru Dalam Bidang
Teknologi Maklumat.
Penggunaan bahan teknologi maklumat
dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini
telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru-guru.Penggunaan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar
dengan lebih baik.Hal ini dapat kita perhatikan bahawa,pembelajaran dari segi
pencarian maklumat dan bahan-bahan
terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh pelajar-pelajardengan
menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui computer,internet,dan
sebagainya .
Dapat kita perhatikan bahawa,penggunaan teknologi
maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran
seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara,oleh yang demikian
penginteraksian teknologi maklumat dalamn pengajaran dan pembelajaran terdapat
beberapa masalah yang perlu diambilberat iaitu kekurangan guru mahir dalam
bidang teknologi maklumat.Guru-guru yang telah lama mengajar kurang
berpengalaman dan pendedahan dengan menggunakan TMK.Oleh itu secara tidak
langsung guru yang tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan
TMK.Perkara sedekimian menyebabkan timbul permasalahan dimana penginteraksian
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan.Hal ini akan membantutkan perkembangan penggunaan bahan
teknologi maklumat khususnya dikalangan pelajar.
b)Penerimaan Guru Terhadap Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Teknologi Maklumat.
Penginteraksian teknologi maklumat
dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara
khususnya dalam sesuatu mata pelajaran.Justeru itu,terdapat segelintir guru
matapelajaran masih tidak mahu mengikut serta mengubah kaedah pengajaran
mereka.Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru mata pelajaran yang telah
lama berkhidmat dalam dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan
pembelajaran mereka yang mana,kaedah guru dalam proses pengjaran dan
pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta
papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajarann yang lain.Sesetengah guru
merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan didalam bilik darjah.
Selain itu,terdapat guru-guru yang
tidak memahani nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas
untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat.Penggunaan teknologi
maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran.Menurut (Norizan Abdul Razak,1997) dalam kajian kesediaan guru
menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran membuktikan
bahawa guru-guru masih lagu ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer
dalam pengajaran mereka.Perkara ini menjadi salah satu perkara yang
membantutkan penginteraksian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi
berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.
c)Kemudahan Teknologi Yang Berkaitan
Tidak Mencukupi.
Proses penginteraksian teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi
seperti kemudahan makmal komputer,peralatan berkaitaan dengan penggunaan
teknologi maklumat,serta penyediaan dan peyelenggaraan bahan teknologi maklumat
di sekolah yang tidak cekap menjadi salahsatu punca permasalahan penginteraksian
ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik.Sehubungan itu juga,peruntukan
kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan
teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca
timbulnya permasaalahan dalam proses
penginteraksian.
Peranan teknologi maklumat sangat
penting dalam sistem pendidikan yang semakin mencabar dan menghadapi persaingan
global ini.Dunia yang dianggap sudah tidak bersempadan daripada sudut
pergerakan maklumat telah member inspirasi supaya setiap sekolah menerima tanpa
soaljawab aplikasi dan implimentasi TMK dalam organisasi berkenaan.Walaupun
mungkin terdapat pelbagai halangan seperti kekurangan kepakaran dan
pengetahuan,namun apabila TMK sudah menjadi darah daging,ia akan memudahkan tugas
dan kerja pengurusan dan pentadbiran.Integrasi TMK dalam pengurusan pendidikan
merupakan perkara penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang
bersungguh-sunggu di antara pemimpin sekolah,guru,pelajar dan semua pihak.Guru
Besar perlu memainkan peranan yang aktif untuk membestarikan sekolah
masinag-masing.Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warga yang bukan
sahaja berupaya untuk mengaplikasi apa yang mereka telah pelajari dalam situasi
dunia sebenar tetepi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah
mereka temui.Mengurus TMK secara berkesan adalah kunci kepada kejayaan
pelaksanaan TMK di sekolah.Tanpa pengurus yang mantap dan berkesan,kejayaan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK akan menghadapi laluan yang
jauh.Semoga semua sekolah akan menjadi Sekolah Bestari seperti yang dihasratkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan